Assalamualaikum
Pernah
tak anda melakukan tugasan mengenai tokoh? Apa? Senang macam kacang cap jari??
Tokoh yang kita sedia maklum seperti perdana menteri atau ahli perniagaan yang
terkenal memanglah mudah. Petik jari pun boeh siap kann? Google kemudian ‘copy
paste’. Apa susah. Namun begitu, tugasan saya ini yang mana dilakukan secara
berkumpulan memerlukan kami mencari seorang tokoh yang belum pernah ditulis
atau disiarkan dalam sebarang penerbitan. Bunyi macam gempak kannn hehe.
Pada
mulanya kumpulan kami mahu memilih tokoh yang berjaya seperti dalam perniagaan,
akademik dan juga politik. Tetapi kalau anda nak tahu, bukan mudah bukan senang
dan bukan kacang (haa kan. semua bukan saya letak hehe) untuk mencari seorang
tokoh yang berjaya ni. Bukan apa. Susahnya itu dari segi untuk ‘mencuri’ masa
mereka dan menyebabkan susah untuk kami mendapatkan maklumat. Saya dan ahli kumpulan menyimpulkan bahawa
susah untuk mendapat kerjasama daripada tokoh yang sebegini memandangkan mereka
sentiasa sibuk dan masa mereka adalah terhad.
Justeru
itu, kumpulan kami telah mengambil kata sepakat untuk mengambil tokoh daripada
kalangan orang-orang biasa memandangkan pensyarah saya , iaitu Dr. Rohizah
memberitahu bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi seorang tokoh walaupun beliau adalah
seorang penjenayah. Setelah berbincang sesama ahli kumpulan, kami sebulat suara
telah memilih Encik Saad Bin Jaafar sebagai seorang tokoh bagi kumpulan saya. Isu
yang kami ketengahkan adalah mengenai pengorbanan beliau sebagai seorang anak,
abang dan juga sebagai seorang bapa.
Encik
Saad berusia 60 tahun. Beliau mempunyai lima orang anak yang terdiri daripada
empat orang perempuan dan seorang lelaki. Beliau bekerja sendiri, iaitu menjual
kuih-muih. Beliau hanya menerima pendidikan setakat Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) sahaja. Selepas itu, beliau mula bekerja sebagai seorang
anggota polis. Sewaktu berkhidmat sebagai anggota polis, beliau telah
berkenalan dengan seorang wanita lalu disunting menjadi isterinya, iaitu Puan
Halimah Saadiah. Selepas berkahwin, Encik Jaafar merasakan jiwanya tidak lagi
sesuai untuk menjadi seorang anggota
polis. Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti menjadi polis.
Pada tahun 1980-1997, beliau telah bekerja bersama FELCRA. Namun begitu, pada
tahun 1997 beliau telah mengambil pencen awal. Pada tahun 1999, beliau
memulakan perniagaan menjual kuih-muih secara kecil-kecilan.
Antara
pengorbanan yang dilakukan oleh Encik Jaafar ialah beliau sanggup mengambil
pencen awal disebabkan mahu menjaga ayahnya yang sakit walhal pada ketika itu
beliau masih lagi memerlukan wang yang banyak untuk menyara anak-anaknya yang
masih belajar. Bagi menampung perbelanjaan, beliau mula berniaga kerana beliau
sedar duit pencen yang diterima tidak mencukupi untuk menampung pendidikan
anak-anak dan juga perbelanjaan harian. Walaupun pada ketika itu negara
mengalami kemelesetan ekonomi, Encik Jaafar tetap berusaha mencari wang dan
tetap memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya. Hal ini
disebabkan beliau tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya yang tidak
dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi disebabkan oleh
kesempitan wang.
Ujian
paling getir yang pernah dialami oleh Encik Jaafar adalah ketika beliau
menerima perkhabaran bahawa anak keduanya menghidap penyakit buah pinggang.
Inilah yang dikatakan kasih ibu hingga ke syurga, kasih bapa sepanjang hayat.
Encik Jaafar telah melakukan pengorbanan yang paling besar terhadap anaknya
dengan menderma salah satu buah pinggangnya.
Bagi
mendapatkan maklumat yang lebih mendalam, kumpulan saya akan melakukan
wawancara secara terperinci bersama Encik Jaafar serta individu yang terlibat
dalam penulisan biografi ini.
Terima
kasih kerana membaca! :)
No comments:
Post a Comment