Assalamualaikum
Perghh tajuk. Macam gempak ja kan hahaha.
Tak kenal maka tak cinta. Tapi bila dah kenal tak semestinya jatuh cinta kannn :) Entri kali ni merupakan sesi ta'aruf yakni dalam bahasa Melayu bermaksud
sesi berkenalan.
Dajia hao. Ni hao ma? Mandarin sangattt
haha. Jangan tak tahu, saya boleh kecek Mandarin. Tapi sikit ja lah hehe. Sebabnya dekat UUM saya dikehendaki mengambil
subjek Mandarin. Bukan elektif bebas tau tapi wajibalqunnah yakni wajib heee.
Baiklah, moh le kita teruskan sesi ta’aruf. Nama didaftar dalam surat beranak ialah Noor Hasaniyati
Binti Mohd Rejab yang membawa maksud cahaya kebaikanku. Ber-IC kan
920306-09-5***. Tak boleh la nak beritahu sepenuhnya. Bahaya woo. Nombor yang
depan tu merangkap tarikh lahir manakala yang tengah tu merangkap negeri
kelahiran yakni 09 adalah negeri Perlis. Lahir ja dekat Perlis, membesar di
Kedah. Saya dibesarkan oleh Encik Mohd Rejab bin Hassan dan Puan W Joriah Binti
W Kasim, iaitu emak dan ayah kandung saya disamping tiga orang kakak dan
seorang abang.
Gambar sekeluarga ketika majlis perkahwinan kakak kedua
Saya mula menerima pendidikan awal sewaktu
berusia enam tahun di pra sekolah Sekolah Kebangsaan Petani Jaya (SKPJ). Saya
juga bersekolah rendah di sekolah yang sama. Ketika sekolah rendah, saya
merupakan seorang pelajar yang sering menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik.
Disebabkan itu, saya merupakan salah seorang pelajar harapan UPSR.
Alhamdulillah, berkat doa emak dan ayah serta didikan guru-guru saya berjaya
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Sebenarnya, saya tidaklah meletakkan
harapan yang tinggi untuk memperoleh 5A disebabkan saya tidak yakin ketika
menjawab soalan subjek sains. Sesungguhnya, sains dan saya tiada chemistry haha.
Cari saya ;)
Di kala berusia 13 tahun yakni Tingkatan 1,
saya menerima tawaran untuk belajar di MRSM Pendang. Mesti pelik kan, kenapa
sambung belajar di sekolah Sains kalau tak minat? Sebabnya itu sahajalah
tawaran sekolah berasrama yang saya dapat dan sesungguhnya saya nak
sangat-sangat tinggal di asrama. Siapa cakap anak bongsu tak boleh berpisah
dengan emak ayah? Tak semua anak bongsu manjalah. Sila ubah gaya pemikiran anda
ya ;) Kita semua sedia maklum, semua pelajar Tingkatan 3 akan menduduki PMR
(sekarang dah jadi PT3). Sebelum PMR, pelajar Tingkatan 3 akan menduduki
percubaan PMR dahulu. Alkisahnya, saya gagal untuk subjek sains haha. Kalau tak
minat, paksalah macam mana pun...mesti tak minat jugak kan. Nak dijadikan
cerita, sewaktu saya menyemak keputusan PMR, alhamdulillah saya berjaya
memperoleh A untuk semua subjek. Dan ini bermakna saya mendapat A untuk subjek
Sains! Inilah yang dikatakan rezeki dan berkat doa emak ayah. Nama pun MRSM,
mestilah sampai SPM akan belajar berkaitan dengan sains, iaitu Biologi, Kimia
dan Fizik. Disebabkan itulah saya menyuarakan perasaan saya kepada emak ayah
untuk keluar daripada MRSM dan menyambung pelajaran di sekolah biasa. Namun,
kehendak saya itu dihalang oleh emak dan ayah. Sebagai anak, saya hanya akur
dengan kehendak mereka. Saya diwajibkan untuk mengambil sembilan subjek tetapi
saya menambah satu lagi subjek iaitu subjek akaun sebagai back up. Dan subjek Sains itulah yang melingkupkan keptusan SPM
saya (alasan.padahal malas belajar hahaha).
Bersama homeroom
Selepas SPM saya meneruskan pengajian di
Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Buat pertama kalinya saya diberi kebenaran
untuk membuat pilihan sendiri sama ada untuk mengambil jurusan akaun atau pun
sains. Sudah semestinya akaun menjadi pilihan hati. Akhirnya, hidup saya tidak
lagi dibelenggu dengan subjek sains \(^.^)/ Saya sangat seronok menjalani
kehidupan di KMP walaupun kehidupan sewaktu di matriklah yang paling sibuk.
Boleh dikatakan hari-hari saya perlu membuat tutorial. Walaupun sesibuk mana
pun, saya masih lagi mempunyai waktu untuk bersuka ria bersama kawan-kawan
seperti outing bersama-sama. Itu
sajalah caranya untuk kami bersuka ria. Almaklumlah, sewaktu itu internet masih
lagi belum menjadi perkara penting bagi kami. Sekarang kalau tiada internet,
boleh jadi cacing kepanasan hahaha.
Bersama rakan sekelas A6T9
Bersama rakan sebilik
Seterusnya saya meneruskan pengajian saya
di UUM dalam jurusan Pemasaran meskipun itu bukanlah jurusan yang saya pilih.
Mungkin itu adalah rezeki saya, siapa tahu :) Di
sinilah saya belajar erti sebuah kehidupan, cubaan dan dugaan, erti sebuah
persahabatan dan banyak lagi. UUM merupakan tempat yang mengajar diri saya
menjadi lebih matang. Semester ini merupakan semester terakhir saya. Tiada apa
yang saya harapkan melainkan kejayaan untuk menerima segulung ijazah.
Sewaktu pesta konvo
Ketika menyertai program Anak Terengganu
Semoga
Allah mempermudahkan perjalanan saya dan paling penting semoga saya diberi
kekuatan untuk menempuhi masa akan datang yang lebih mencabar fizikal dan
mental.
Terima kasih kerana membaca! :)