Friday, 12 December 2014

Pengantar Penulisan Best

Assalamualaikum

Semester 1 2014/2015 bakal berakhir tidak lama lagi. Banyak ilmu yang saya pelajari daripada kesemua subjek yang saya ambil. Begitu juga dengan subjek Pengantar Penulisan. Pelbagai ilmu yang saya perolehi terutamanya dari segi penulisan. Contohnya pemerengganan. Pemerengganan merupakan satu aspek yang penting dalam sesebuah penulisan. Perenggan yang baik mengandungi kenyataan-kenyataan yang dapat membatu pembaca memahami tajuk. Sebuah perenggan mesti mengandungi satu ayat topik yang menyatakan fakta utama secara spesifik. Ayat topik kemudiannya diikuti oleh beberapa ayat sokongan yang menyokong fakta utama. 

Selain itu, saya juga mempelajari aspek lain yang penting dalam menghasilkan penulisan yang berkesan, iaitu tatabahasa. Tatabahasa merupakan undang-undang bahasa yang perlu dipatuhi oleh pengguna bahasa sama ada dalam penulisan mahupun pertuturan. Antara komponen tatabahasa yang dilihat adalah ejaan, tanda baca dan sebagainya.

Saya juga mempelajari beberapa jenis perenggan seperti:
1.      Perenggan definisi
·         Penerangan tentang maksud/makna suatu hal atau benda
2.      Perenggan contoh dan ilustrasi.
·         Perenggan yang diperkembangkan dengan memberikan percontohan untuk menerangkan idea utama.
3.      Perenggan klasifikasi
·         Memberikan perincian kepada sesuatu benda atau perkara.
4.      Perenggan urutan peristiwa/kronologi
·         Memberi perhatian kepada peristiwa dengan menyusun peristiwa daripada mula sehingga akhir.

Terdapat pelbagai jenis perenggan lagi yang saya pelajari dan kesemuanya dapat membatu saya dalam menulis penulisan yang baik.

Keberkesanan sesebuah penulisan tidak terletak pada fakta-fakta yang digunakan tetapi adalah aspek gaya dan penulisan itu sendiri. Oleh itu, dengan ilmu yang saya pelajari daripada subjek pengantar Penulisan ini, diharapkan saya dapat menulis sebuah penulisan yang lebih baik pada masa akan dating. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Rohizah selaku pensyarah Pengantar Penulisan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Semoga ilmu ini dapat dimanfaati dengan sebaik mungkin.

Terima kasih kerana membaca! :)

No comments:

Post a Comment