Friday, 12 December 2014

Cerita Tokoh



Assalamualaikum
 
Entri sebelum ini saya ada menceritakan mengenai tugasan pertama saya iaitu penulisan biografi tokoh tempatan. Bagi melengkapkan tugasan tersebut, kumpulan saya telah pergi ke rumah Encik Saad untuk di wawancara bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Setelah membuat temujanji dan mendapat tarikh serta waktu yang sesuai, pada hari tersebut kami telah pergi ke rumah beliau di Bedong. Ketika tiba di rumah Encik Saad, kami disambut dengan senyuman beliau dan isterinya. Selepas memperkenalkan diri masing-masing, kami teruskan dengan sesi temubual.

Kami bertanya dengan lebih terperinci mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh beliau sebagai seorang anak, abang dan juga ayah. Sungguh tidak dapat dinafikan, Encik Saad merupakan seorang ayah yang penyayang. Hal ini dapat dibuktikan melalui cara layanan  beliau terhadap saya dan ahli kumpulan yang lain. Saya mendapati Encik Saad tidak lokek untuk berkongsi pengalaman atau sebarang ilmu yang beliau ada. Encik Saad telah memberikan kerjasama 100% kepada kami sekumpulan.

Setelah memperoleh segala maklumat yang diperlukan, kami telah membahagikan tugas masing-masing. Saya dikehendaki untuk melakukan tugasan mengenai pengorbanan Encik Saad sebagai seorang bapa. Setelah siap melakukan bahagian masing-masing, setiap ahli kumpulan dikehendaki menghantar tugasan mereka kepada saya untuk tujuan edit. Alhamdulillah, akhirnya kami siap menyelesaikan tugasan biografi ini.

Terima kasih kerana membaca! :)

No comments:

Post a Comment