Tuesday, 16 December 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta \\//

Assalamualaikum

Perghh tajuk. Macam gempak ja kan hahaha. Tak kenal maka tak cinta. Tapi bila dah kenal tak semestinya jatuh cinta kannn :) Entri kali ni merupakan sesi ta'aruf yakni dalam bahasa Melayu bermaksud sesi berkenalan.  

Dajia hao. Ni hao ma? Mandarin sangattt haha. Jangan tak tahu, saya boleh kecek Mandarin. Tapi sikit ja lah hehe. Sebabnya dekat UUM saya dikehendaki mengambil subjek Mandarin. Bukan elektif bebas tau tapi wajibalqunnah yakni wajib heee. Baiklah, moh le kita teruskan sesi ta’aruf. Nama didaftar dalam surat beranak ialah Noor Hasaniyati Binti Mohd Rejab yang membawa maksud cahaya kebaikanku. Ber-IC kan 920306-09-5***. Tak boleh la nak beritahu sepenuhnya. Bahaya woo. Nombor yang depan tu merangkap tarikh lahir manakala yang tengah tu merangkap negeri kelahiran yakni 09 adalah negeri Perlis. Lahir ja dekat Perlis, membesar di Kedah. Saya dibesarkan oleh Encik Mohd Rejab bin Hassan dan Puan W Joriah Binti W Kasim, iaitu emak dan ayah kandung saya disamping tiga orang kakak dan seorang abang. 

Gambar sekeluarga ketika majlis perkahwinan kakak kedua

Saya mula menerima pendidikan awal sewaktu berusia enam tahun di pra sekolah Sekolah Kebangsaan Petani Jaya (SKPJ). Saya juga bersekolah rendah di sekolah yang sama. Ketika sekolah rendah, saya merupakan seorang pelajar yang sering menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik. Disebabkan itu, saya merupakan salah seorang pelajar harapan UPSR. Alhamdulillah, berkat doa emak dan ayah serta didikan guru-guru saya berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Sebenarnya, saya tidaklah meletakkan harapan yang tinggi untuk memperoleh 5A disebabkan saya tidak yakin ketika menjawab soalan subjek sains. Sesungguhnya, sains dan saya tiada chemistry haha. 

 Cari saya ;)

Di kala berusia 13 tahun yakni Tingkatan 1, saya menerima tawaran untuk belajar di MRSM Pendang. Mesti pelik kan, kenapa sambung belajar di sekolah Sains kalau tak minat? Sebabnya itu sahajalah tawaran sekolah berasrama yang saya dapat dan sesungguhnya saya nak sangat-sangat tinggal di asrama. Siapa cakap anak bongsu tak boleh berpisah dengan emak ayah? Tak semua anak bongsu manjalah. Sila ubah gaya pemikiran anda ya ;) Kita semua sedia maklum, semua pelajar Tingkatan 3 akan menduduki PMR (sekarang dah jadi PT3). Sebelum PMR, pelajar Tingkatan 3 akan menduduki percubaan PMR dahulu. Alkisahnya, saya gagal untuk subjek sains haha. Kalau tak minat, paksalah macam mana pun...mesti tak minat jugak kan. Nak dijadikan cerita, sewaktu saya menyemak keputusan PMR, alhamdulillah saya berjaya memperoleh A untuk semua subjek. Dan ini bermakna saya mendapat A untuk subjek Sains! Inilah yang dikatakan rezeki dan berkat doa emak ayah. Nama pun MRSM, mestilah sampai SPM akan belajar berkaitan dengan sains, iaitu Biologi, Kimia dan Fizik. Disebabkan itulah saya menyuarakan perasaan saya kepada emak ayah untuk keluar daripada MRSM dan menyambung pelajaran di sekolah biasa. Namun, kehendak saya itu dihalang oleh emak dan ayah. Sebagai anak, saya hanya akur dengan kehendak mereka. Saya diwajibkan untuk mengambil sembilan subjek tetapi saya menambah satu lagi subjek iaitu subjek akaun sebagai back up. Dan subjek Sains itulah yang melingkupkan keptusan SPM saya (alasan.padahal malas belajar hahaha).

Bersama homeroom

Selepas SPM saya meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Buat pertama kalinya saya diberi kebenaran untuk membuat pilihan sendiri sama ada untuk mengambil jurusan akaun atau pun sains. Sudah semestinya akaun menjadi pilihan hati. Akhirnya, hidup saya tidak lagi dibelenggu dengan subjek sains \(^.^)/ Saya sangat seronok menjalani kehidupan di KMP walaupun kehidupan sewaktu di matriklah yang paling sibuk. Boleh dikatakan hari-hari saya perlu membuat tutorial. Walaupun sesibuk mana pun, saya masih lagi mempunyai waktu untuk bersuka ria bersama kawan-kawan seperti outing bersama-sama. Itu sajalah caranya untuk kami bersuka ria. Almaklumlah, sewaktu itu internet masih lagi belum menjadi perkara penting bagi kami. Sekarang kalau tiada internet, boleh jadi cacing kepanasan hahaha. 

 Bersama rakan sekelas A6T9

Bersama rakan sebilik

Seterusnya saya meneruskan pengajian saya di UUM dalam jurusan Pemasaran meskipun itu bukanlah jurusan yang saya pilih. Mungkin itu adalah rezeki saya, siapa tahu :) Di sinilah saya belajar erti sebuah kehidupan, cubaan dan dugaan, erti sebuah persahabatan dan banyak lagi. UUM merupakan tempat yang mengajar diri saya menjadi lebih matang. Semester ini merupakan semester terakhir saya. Tiada apa yang saya harapkan melainkan kejayaan untuk menerima segulung ijazah. 

Sewaktu pesta konvo

Ketika menyertai program Anak Terengganu
Semoga Allah mempermudahkan perjalanan saya dan paling penting semoga saya diberi kekuatan untuk menempuhi masa akan datang yang lebih mencabar fizikal dan mental. 



Terima kasih kerana membaca! :)

No comments:

Post a Comment