Friday, 12 December 2014

Tugasan Individu: Patriotisme

Assalamualaikum

Tugasan kedua merupakan tugasan ilmiah secara individu. Kami diminta untuk menghasilkan sebuah tugasan ilmiah yang melibatkan kajian perpustakaan (library research). Tema bagi tugasan ini adalah patriotisme.

Terlebih dahulu saya telah ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM bagi mencari bahan-bahan yang diperlukan bagi tugasan ini. Di perpustakaan saya telah menemui beberapa buah buku dan juga tesis yang berkaitan dengan patriotisme. Selain itu, saya juga turut mencari bahan-bahan melalui internet. Saya menemui beberapa blog dan juga artikel jurnal serta akhbar online yang membincangkan mengenai patriotisme.

Tugasan ini memerlukan kami mempunyai minimum tujuh rujukan daripada pelbagai sumber. Antara sumber rujukan yang digunakan oleh saya adalah buku, tesis, artikel jurnal, laman web, akhbar, kamus dan juga majalah. Kami wajib menggunakan sistem APA memandangkan UUM sememangnya menggunakan sistem APA sebagai sistem nota rujukan/bibliografi dalam penulisan tesis atau tugasan pelajar.

Setelah berjaya mengumpul bahan-bahan yang diperlukan, saya memutuskan untuk membuat tajuk ‘Faktor Semangat Patriotisme Terhakis Dalam Kalangan Rakyat Malaysia’. Pada kelas yang berikutnya, saya bertemu dengan Dr. Rohizah bagi membincangkan tajuk tugasan tersebut dan tajuk itu telah diterima. Saya juga meminta Dr. Rohizah untuk menyemak draf yang telah dilakukan. Terdapat banyak kesalahan yang harus saya perbetulkan terutamanya dari segi penulisan nota rujukan.

 Contoh gaya penulisan nota rujukan yang saya lakukan

Antaranya isi yang saya gunakan sebagai faktor semangat patriotisme terhakis dalam kalangan rakyat Malaysia adalah:
1.      berlakunya kewujudan ‘budaya selesa’ (complacent culture).
2.      kekurangan pengetahuan sejarah
3.      pengaruh budaya global
4.      nilai-nilai kolektif yang berkurangan
5.      peranan teknologi

Terima kasih kerana membaca! :)

No comments:

Post a Comment