Tuesday, 16 December 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta \\//

Assalamualaikum

Perghh tajuk. Macam gempak ja kan hahaha. Tak kenal maka tak cinta. Tapi bila dah kenal tak semestinya jatuh cinta kannn :) Entri kali ni merupakan sesi ta'aruf yakni dalam bahasa Melayu bermaksud sesi berkenalan.  

Dajia hao. Ni hao ma? Mandarin sangattt haha. Jangan tak tahu, saya boleh kecek Mandarin. Tapi sikit ja lah hehe. Sebabnya dekat UUM saya dikehendaki mengambil subjek Mandarin. Bukan elektif bebas tau tapi wajibalqunnah yakni wajib heee. Baiklah, moh le kita teruskan sesi ta’aruf. Nama didaftar dalam surat beranak ialah Noor Hasaniyati Binti Mohd Rejab yang membawa maksud cahaya kebaikanku. Ber-IC kan 920306-09-5***. Tak boleh la nak beritahu sepenuhnya. Bahaya woo. Nombor yang depan tu merangkap tarikh lahir manakala yang tengah tu merangkap negeri kelahiran yakni 09 adalah negeri Perlis. Lahir ja dekat Perlis, membesar di Kedah. Saya dibesarkan oleh Encik Mohd Rejab bin Hassan dan Puan W Joriah Binti W Kasim, iaitu emak dan ayah kandung saya disamping tiga orang kakak dan seorang abang. 

Gambar sekeluarga ketika majlis perkahwinan kakak kedua

Saya mula menerima pendidikan awal sewaktu berusia enam tahun di pra sekolah Sekolah Kebangsaan Petani Jaya (SKPJ). Saya juga bersekolah rendah di sekolah yang sama. Ketika sekolah rendah, saya merupakan seorang pelajar yang sering menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik. Disebabkan itu, saya merupakan salah seorang pelajar harapan UPSR. Alhamdulillah, berkat doa emak dan ayah serta didikan guru-guru saya berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Sebenarnya, saya tidaklah meletakkan harapan yang tinggi untuk memperoleh 5A disebabkan saya tidak yakin ketika menjawab soalan subjek sains. Sesungguhnya, sains dan saya tiada chemistry haha. 

 Cari saya ;)

Di kala berusia 13 tahun yakni Tingkatan 1, saya menerima tawaran untuk belajar di MRSM Pendang. Mesti pelik kan, kenapa sambung belajar di sekolah Sains kalau tak minat? Sebabnya itu sahajalah tawaran sekolah berasrama yang saya dapat dan sesungguhnya saya nak sangat-sangat tinggal di asrama. Siapa cakap anak bongsu tak boleh berpisah dengan emak ayah? Tak semua anak bongsu manjalah. Sila ubah gaya pemikiran anda ya ;) Kita semua sedia maklum, semua pelajar Tingkatan 3 akan menduduki PMR (sekarang dah jadi PT3). Sebelum PMR, pelajar Tingkatan 3 akan menduduki percubaan PMR dahulu. Alkisahnya, saya gagal untuk subjek sains haha. Kalau tak minat, paksalah macam mana pun...mesti tak minat jugak kan. Nak dijadikan cerita, sewaktu saya menyemak keputusan PMR, alhamdulillah saya berjaya memperoleh A untuk semua subjek. Dan ini bermakna saya mendapat A untuk subjek Sains! Inilah yang dikatakan rezeki dan berkat doa emak ayah. Nama pun MRSM, mestilah sampai SPM akan belajar berkaitan dengan sains, iaitu Biologi, Kimia dan Fizik. Disebabkan itulah saya menyuarakan perasaan saya kepada emak ayah untuk keluar daripada MRSM dan menyambung pelajaran di sekolah biasa. Namun, kehendak saya itu dihalang oleh emak dan ayah. Sebagai anak, saya hanya akur dengan kehendak mereka. Saya diwajibkan untuk mengambil sembilan subjek tetapi saya menambah satu lagi subjek iaitu subjek akaun sebagai back up. Dan subjek Sains itulah yang melingkupkan keptusan SPM saya (alasan.padahal malas belajar hahaha).

Bersama homeroom

Selepas SPM saya meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Buat pertama kalinya saya diberi kebenaran untuk membuat pilihan sendiri sama ada untuk mengambil jurusan akaun atau pun sains. Sudah semestinya akaun menjadi pilihan hati. Akhirnya, hidup saya tidak lagi dibelenggu dengan subjek sains \(^.^)/ Saya sangat seronok menjalani kehidupan di KMP walaupun kehidupan sewaktu di matriklah yang paling sibuk. Boleh dikatakan hari-hari saya perlu membuat tutorial. Walaupun sesibuk mana pun, saya masih lagi mempunyai waktu untuk bersuka ria bersama kawan-kawan seperti outing bersama-sama. Itu sajalah caranya untuk kami bersuka ria. Almaklumlah, sewaktu itu internet masih lagi belum menjadi perkara penting bagi kami. Sekarang kalau tiada internet, boleh jadi cacing kepanasan hahaha. 

 Bersama rakan sekelas A6T9

Bersama rakan sebilik

Seterusnya saya meneruskan pengajian saya di UUM dalam jurusan Pemasaran meskipun itu bukanlah jurusan yang saya pilih. Mungkin itu adalah rezeki saya, siapa tahu :) Di sinilah saya belajar erti sebuah kehidupan, cubaan dan dugaan, erti sebuah persahabatan dan banyak lagi. UUM merupakan tempat yang mengajar diri saya menjadi lebih matang. Semester ini merupakan semester terakhir saya. Tiada apa yang saya harapkan melainkan kejayaan untuk menerima segulung ijazah. 

Sewaktu pesta konvo

Ketika menyertai program Anak Terengganu
Semoga Allah mempermudahkan perjalanan saya dan paling penting semoga saya diberi kekuatan untuk menempuhi masa akan datang yang lebih mencabar fizikal dan mental. 



Terima kasih kerana membaca! :)

Friday, 12 December 2014

Pengantar Penulisan Best

Assalamualaikum

Semester 1 2014/2015 bakal berakhir tidak lama lagi. Banyak ilmu yang saya pelajari daripada kesemua subjek yang saya ambil. Begitu juga dengan subjek Pengantar Penulisan. Pelbagai ilmu yang saya perolehi terutamanya dari segi penulisan. Contohnya pemerengganan. Pemerengganan merupakan satu aspek yang penting dalam sesebuah penulisan. Perenggan yang baik mengandungi kenyataan-kenyataan yang dapat membatu pembaca memahami tajuk. Sebuah perenggan mesti mengandungi satu ayat topik yang menyatakan fakta utama secara spesifik. Ayat topik kemudiannya diikuti oleh beberapa ayat sokongan yang menyokong fakta utama. 

Selain itu, saya juga mempelajari aspek lain yang penting dalam menghasilkan penulisan yang berkesan, iaitu tatabahasa. Tatabahasa merupakan undang-undang bahasa yang perlu dipatuhi oleh pengguna bahasa sama ada dalam penulisan mahupun pertuturan. Antara komponen tatabahasa yang dilihat adalah ejaan, tanda baca dan sebagainya.

Saya juga mempelajari beberapa jenis perenggan seperti:
1.      Perenggan definisi
·         Penerangan tentang maksud/makna suatu hal atau benda
2.      Perenggan contoh dan ilustrasi.
·         Perenggan yang diperkembangkan dengan memberikan percontohan untuk menerangkan idea utama.
3.      Perenggan klasifikasi
·         Memberikan perincian kepada sesuatu benda atau perkara.
4.      Perenggan urutan peristiwa/kronologi
·         Memberi perhatian kepada peristiwa dengan menyusun peristiwa daripada mula sehingga akhir.

Terdapat pelbagai jenis perenggan lagi yang saya pelajari dan kesemuanya dapat membatu saya dalam menulis penulisan yang baik.

Keberkesanan sesebuah penulisan tidak terletak pada fakta-fakta yang digunakan tetapi adalah aspek gaya dan penulisan itu sendiri. Oleh itu, dengan ilmu yang saya pelajari daripada subjek pengantar Penulisan ini, diharapkan saya dapat menulis sebuah penulisan yang lebih baik pada masa akan dating. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Rohizah selaku pensyarah Pengantar Penulisan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Semoga ilmu ini dapat dimanfaati dengan sebaik mungkin.

Terima kasih kerana membaca! :)

Nota Rujukan/Bibliografi


Assalamualaikum


NOTA RUJUKAN (REFERENCES)

Tujuan nota rujukan ditulis dalam penulisan ilmiah adalah untuk menjelaskan sumber data yang telah digunakan. Selain itu, ia memudahkan pembaca untuk merujuk kepada mana-mana bahagian dalam penulisan itu sendiri sama ada sebelum atau selepas. Rujukan ini juga berfungsi untuk menjelaskan kepada pembaca bahawa penulisan yang dilakukan adalah datang daripada sumber yang berbeza. Oleh itu, pembaca dapat membuat perbandingan melaluinya.

Dalam dunia penulisan ini, terdapat pelbagai jenis sumber maklumat. Meskipun begitu, ia boleh diklasifikasikan dalam tiga kategori iaitu primer, sekunder dan tertiary:

1. Sumber Primer:
• Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan
• Melaporkan penyelidikan asli
• Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang
    terdahulu.
• Dalam konteks pengajian Islam sumber primer ialah sumber yang dipetik dari sumber asal
   contohnya hadis hendaklah dirujuk dari kitab hadis seperti sahih al-Bukhari, Sahih Muslim,
  dan sebagainya.

Contoh Sumber Primer yang diterbitkan:
• Terbitan berkala/Terbitan bersiri/Jurnal
• Laporan Penyelidikan
• Penerbitan kerajaan / Penerbitan rasmi
• Paten
• Piawaian
• Disertasi/tesis
• Prosiding

Contoh Sumber Primer yang tidak diterbitkan:
• Kertas kerja (seminar, konvensyen, persidangan dan lain-lain)
• Fail syarikat
• Fail peribadi
• Surat menyurat
• Diari, memo
• Temuramah
• Lukisan
• Rakaman audio
• Rakaman video

2. Sumber Sekunder
    Sumber sekunder pula merupakan bahan-bahan yang disusun dan diterbitkan semula
    dalam bentuk berlainan berdasarkan maklumat- maklumat dan dokumen dari sumber
    pertama.

Contoh-contoh Sumber Sekunder:
• Buku teks
• Buku panduan
• Jadual
• Ulasan
• Terbitan berkala
• Perkhidamatan Indeks dan Abstrak.


Apa itu sistem APA ( American Psychological Association) ?



Kebanyakan universiti contohnya UUM sering menggunakan sistem APA sebagai sistem nota rujukan/ bibliografi dalam penulisan tesis atau tugasan pelajar. Terdapat juga universiti contohnya USM yang memberi kebebasan kepada pelajarnya memilih mana-mana sistem nota rujukan/ bibliografi namun demikian pelajar perlu mengikut secara konsisten terhadap kaedah penulisan yang dipilih oleh mereka sama ada APA mahupun Harvard Style.
Sistem APA

A. Penulisan Nota Rujukan Gaya Sistem APA
Rujukan yang dinukilkan dalam teks, sama ada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau tidak hendaklah direkodkan. Sebagaimana sistem Harvard, menulis nota rujukan gaya APA juga mengambil kira sumber rujukan atau bahan sama ada buku, jurnal, tesis, laman Web dan sebagainya.

1. Kaedah Menulis Nota Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada Buku.
    Apabila mengunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis atas nama utama
    pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:

(i) Meletakan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk.
     Contoh:
     “Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas
     meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan”

(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam
      kurungan.
      Contoh:
      “Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu factor yang menyebabkan guru pendiddikan
      khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan (Brown, 2005)”

(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama
       kedua-dua pengarang.
      Contoh:
      “Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khas hanya akan
      dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru pendidikan khas menerima
      pengiktirafan daripada ibu bapa”

(iv) Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas nama pengarang pertama.
       Contoh:
       “Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan khas dalam program
       percantuman masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi kesan kepada
       pencapaian akademik murid adalah pengiktirafan (Podemsky et.al, 1995)”

(v) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan bagi
      pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama.
      Contoh:
      “Contoh perisian yang mengunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver
      (Puget dan Albert, 1994a)”
      “Pengunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan
      (Puget dan Albert, 1994b)


2. Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain Daripada Buku.

i. Jurnal
Contoh Jurnal:
Herrington, A.J (1998). The Prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of Abnormal Psychology, 90, 575-585
Cara menulis dalam teks:
Menurut, Herrington (1998)……………

ii. Tesis
Contoh tesis:
Fadilah Kamsah (2000). Kesedaran IT di kalangan Kakitangan awam: Satu Tinjauan. Unpublished thesis. UiTM: Fakulti Pengajian Maklumat.
Cara menulis dalam teks:
Fadilah Kamsah(2000), mengatakan bahawa……….

iii. Bahan dari Laman Web
Contoh Web:
Clinton, J.E.(1999 september). Malaysia justice on trial. E. Journal. 4(4):12-15. Retrieved October 21, 2000, from the World Wide Web:http://www@babyrib.clnt.gov.com.
Cara menulis dalam teks:
…………….(Clinton, 1999).

B. Penulisan Bibliografi Gaya APA

Bibliografi ialah nama yang diberikan untuk senarai buku-buku, manuskrip dan dan lain-lain penerbitan yang dirujuk , diterang dan disusun secara sistematik. Ia terdapat dibahagian belakang akhiran sesebuah penerbitan bercetak. Penulisan bibliografi perlu mengikut format seperti berikut:


i. Mengikut turutan abjad
ii. Mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang, tahun terbit, tajuk, tempat terbit dan penerbit
iii. Baris kedua dan seterusnya ditulis ke tengah (1 tab)

Berikut ialah contoh-contoh bibliografi mengikut kaedah APA:

Bahan bercetak
• Buku: Tiada Pengarang
A World of Strangers: Order and action in urban public space.(1999).2nd.ed. New York: Basic
Books.

• Buku: Seorang pengarang
Lofland, L.(1999). A World of Strangers: Order and action in urban public space. New York:
Basic Books.

• Buku: Dua Pengarang
Lofland, L & Taylor, I (1999). The New Criminalogy: For a social theory of deviance. New York:
Harper & Row

• Buku: Tiga Pengarang
Lofland,L., Young, J. & Taylor, I (1999).The new criminology: For a social theory of deviance.
New York: Harper & Row

• Buku: Lebih dari tiga Pengarang
Lofland, L., et.al (1999). The new criminology : for a social theory of deviance. New York:
Harper & Row.

• Buku Terjemahan
Rank. O. (1932). Psychology and the soul ( William Turner, Trans.) Philadephia: University of
Pennsylavania Press.

• Buku dikarang oleh Badan Korporat
Commision on intergoverment relations (1995). Report to the President. Washington, DC: Author.
Committee of public finance. (1999). Public Finance. New York:Pitman

• Buku Yang disunting
Friedman, R.J., & Katz, M.M. (Eds.) (1974). The psychology of depression: Contemporary theory
and research. New York:Wiley.

• Manuskrip yang tidak diterbitkan
Hardison, R. (1983).On the shoulders of giant. Unpublished manuscript


• Artikel dari Majalah
Klinger, E. (2000, August). The power of daydreams. Psychology Today. 36-44. Shuttle crew
studying ozone layer in atmosphere. (2000, April). Time. 34

• Artikel dari Akhbar
Mohammed Azam Noor. (1999, 3 july).’Why Ziana Zain as literary person for 1998?’ New Straits
Times : 25

• Artikel dari Jurnal
Herrington, A.J. (1998) The prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of
abnormal psychology, 90, 575-585.

• Tesis
Raihaniah Zakaria (2007). Tuan Guru Haji Zakaria b. Ismail: Sumbangannya Kepada Perkembangan Pendidikan dan Politik Islam di Negeri Kelantan. Unpublished thesis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya: Jabatan Akidah.

• Doctoral Dissertation
Smith A.B. (1999). Anlysis of interaction process and sociometric relatins developed during theraphy with offenders on probation. :Unpublished doctoral dissertations. New York: New York University.

• Seminar/Proceeding
Ali Hanafiah, Datuk & Tun Shah Ashari. (12-17 August 1999). ‘The effect of DNA testing on convicted felons in Malaysia’. In Proceeding of the International Seminar on DNA Testing and Their Effects on Human Beings. Kuala Lumpur

• Laporan
Organization for Economic Cooperation and Development. (1983). Assessing the impacts of technology on society. (Report). Washington DC: U.S.G.P.O.

• Kaset Audio
Kenny, G. (producer & singer). (1996). Kenny G the moment [cassette]. New York: Arista Records, Inc.

• Filem/Pita Audio
Habsah Hassan (producer) & Othman Hafsam (director). (2000). Soal Hati [Film]. Kuala Lumpur: Serangkai Film Sdn Bhd.
Capra, F. (Director & Producer). (1934). It happened one night [Film]
Capra, F. (Director & Producer). (1999). It happened one night [Videocassette]

• Temuramah
Mahathir Mohamed (1999, April 20). Prime Minister Malaysia. Personal Interview. Kuala Lumpur.

• Program televisyen
The haze in Malaysia: impact on tourism. (2000 Disember). Majalah 3. With Norazlina Ridzwan. TV3. Damansara, Selangor: Sistem Televisyen Malaysia Berhad.

• On line-INTERNET
Clinton, J.E. (1999) September). Malaysian justice on Trial. E. Journal. 4(4): 12-15. Retrieved October 21 2000, from the World Wide Web: http:www@babyrib.clnt.gov.com

• E-mail
Day, Martha. Mday@usage.uvm.edu. (30 Julay 1999). Review of film---Chicken Run. E-mail to Xia Li (XLI@moose.com).


Di sini saya sertakan beberapa link yang menerangkan mengenai nota rujukan/bibliografi. Semoga entri ini dapat dimanfaati oleh kita semua. 

http://jpmipgmtaa.webs.com/kerja_kursus/contoh%20penulisan%20akademik%201.pdf 



Terima kasih kerana membaca! :)